12:45:00 PTG

Asalamualaikum untuk semua. Di sini kami ingin menerangkan mengapa keluarnya isu ketidakpuasan hati terjadi atau complain untuk itu dan ini semasa majlis perkahwinan. Kami percaya perkara ini terjadi kepada seluruh pengusahan butik pengantin, catering dll. Isu ini juga timbul bila ada hasutan dari pihak yang iri hati.
Ada 2sebab mengapa benda ini terjadi no 1. Masalah daripada butik pengantin no 2. Masalah daripada customer itu sendiri.
Masalah no.1: memang tak di nafikan ada butik yang menipu itu ini seperti pelamin tak pasang. baju tak siap, aksesories tak ada,  masalah seperti ini memang datang dari pihak butik pengantin itu sendiri. Butik seperti inilah yang memburukan nama semua butik pengantin. Tapi customer perlulah pandai menilai dari hasil kerja yang di hasilkan sebelum booking.
Terdapat banyak package dalam sesebuah butik. Customer mesti tau dan kenalpasti betul2 apa package yang di ambil, ini kerana setiap package terdiri daripada pelamin yang berbeza. Tolong kenalpasti package anda itu yang amat penting.
Masalah no.2: masalah dari customer. Ini  terjadi bila customer tidak tahu package pelamin yang di ambil, tidak tahu apa yang dia mahukan, perkara ini terjadi bila customer ini memilih untuk sesuatu pakaian mahupun deco. Pilihan dibuat dalam warna yang berbeza tapi mahu ia diubah ke warna yang lain. Jika warna bertukar, di sini bermaksud tema juga bertukar, hasilnya akan dapat berbeza seperti yang di inginkan. Jika ingin membawa sebarang gambar untuk sample pastikan sample itu adalah didalam harga package anda. Dan sample tersebut mempunyai tema yang sama.
  Seterusnya masalah akan terjadi bila terjadinya tidak sefahaman antara pengantin dan keluarga. Ini kerana pengantin memilih tema yang lain dan ibu/bapa mahukan yang lain. Di sini pasti terjadi masalah salah satu pihak merasa tidak puas hati. Jadi berbincanglah secara baik dengan keluarga anda untuk sesuatu tema. Pastikan tidak ada percanggahan pendapat dalam memilih deco. Ini juga boleh terjadi jika keluarga sudah mempunyai pilihan butik sendiri dan pengantin telah memilih butik yang lain. Di sini juga akan timbul rasa ketidak puasan hati sesuatu pihak.
Jadi berbincanglah secara terperinci dengan butik pengantin anda mengenai tema, kesesuaian ruang, deco, package, warna, dan sebagainya. Ketahui package anda, keluasan pelamin anda dan yang penting tahu budjet anda. Jangan terlalu cerewet dalam pemilihan deco, serahkan pada yang lebih arif.
Di sini, pihak de nshima bridal ingin menekankan bahawa kesemua pelamin, koleksi baju & makeup yang dipamerkan adalah hak milik De NShima Bridal sendiri, sebarang spekulasi mengatakan gambar kami ini di ambil dari laman- laman web lain adalah tidak betul sama sekali. Ini mungkin terdapat pihak yang kurang senang & cuba menjatuhkan kami.
Alhamdullillah, kami telah beberapa kali memenangi booth tercantik keseluruhan dalam dekorasi, kami juga mendapat penghargaan daripada menteri besar Pahang dalam dekorasi pelamin, kami juga terpilih beberapa kali dalam episode mahligai cinta tv3 alhamdullillah.. kejayaan demi kejayaan kami perolehi menyebabkan timbul rasa iri hati dari pelbagai pihak. Semoga sebarang spekulasi akan melonjakan lagi nama kami insyallaah.



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

Like us on Facebook

Related Information