12:45:00 PTG
Asalamualaikum untuk semua. Di sini
kami ingin menerangkan mengapa keluarnya isu ketidakpuasan hati terjadi atau
complain untuk itu dan ini semasa majlis perkahwinan. Kami percaya perkara ini
terjadi kepada seluruh pengusahan butik pengantin, catering dll. Isu ini juga
timbul bila ada hasutan dari pihak yang iri hati.
Ada 2sebab mengapa benda ini terjadi no 1. Masalah daripada
butik pengantin no 2. Masalah daripada customer itu sendiri.
Masalah no.1: memang tak di nafikan ada butik yang menipu
itu ini seperti pelamin tak pasang. baju tak siap, aksesories tak ada, masalah seperti ini memang datang dari pihak
butik pengantin itu sendiri. Butik seperti inilah yang memburukan nama semua
butik pengantin. Tapi customer perlulah pandai menilai dari hasil kerja yang di
hasilkan sebelum booking.
Terdapat banyak package dalam sesebuah butik. Customer mesti
tau dan kenalpasti betul2 apa package yang di ambil, ini kerana setiap package
terdiri daripada pelamin yang berbeza. Tolong kenalpasti package anda itu yang
amat penting.
Masalah no.2: masalah dari customer. Ini terjadi bila customer tidak tahu package
pelamin yang di ambil, tidak tahu apa yang dia mahukan, perkara ini terjadi
bila customer ini memilih untuk sesuatu pakaian mahupun deco. Pilihan dibuat
dalam warna yang berbeza tapi mahu ia diubah ke warna yang lain. Jika warna
bertukar, di sini bermaksud tema juga bertukar, hasilnya akan dapat berbeza
seperti yang di inginkan. Jika ingin membawa sebarang gambar untuk sample
pastikan sample itu adalah didalam harga package anda. Dan sample tersebut
mempunyai tema yang sama.
Seterusnya masalah
akan terjadi bila terjadinya tidak sefahaman antara pengantin dan keluarga. Ini
kerana pengantin memilih tema yang lain dan ibu/bapa mahukan yang lain. Di sini
pasti terjadi masalah salah satu pihak merasa tidak puas hati. Jadi berbincanglah
secara baik dengan keluarga anda untuk sesuatu tema. Pastikan tidak ada
percanggahan pendapat dalam memilih deco. Ini juga boleh terjadi jika keluarga
sudah mempunyai pilihan butik sendiri dan pengantin telah memilih butik yang
lain. Di sini juga akan timbul rasa ketidak puasan hati sesuatu pihak.
Jadi berbincanglah secara terperinci dengan butik pengantin
anda mengenai tema, kesesuaian ruang, deco, package, warna, dan sebagainya. Ketahui
package anda, keluasan pelamin anda dan yang penting tahu budjet anda. Jangan terlalu
cerewet dalam pemilihan deco, serahkan pada yang lebih arif.
Di sini, pihak de nshima bridal ingin menekankan bahawa
kesemua pelamin, koleksi baju & makeup yang dipamerkan adalah hak milik De
NShima Bridal sendiri, sebarang spekulasi mengatakan gambar kami ini di ambil
dari laman- laman web lain adalah tidak betul sama sekali. Ini mungkin terdapat
pihak yang kurang senang & cuba menjatuhkan kami.
Alhamdullillah, kami telah beberapa kali memenangi booth
tercantik keseluruhan dalam dekorasi, kami juga mendapat penghargaan daripada
menteri besar Pahang dalam dekorasi pelamin, kami juga terpilih beberapa kali
dalam episode mahligai cinta tv3 alhamdullillah.. kejayaan demi kejayaan kami
perolehi menyebabkan timbul rasa iri hati dari pelbagai pihak. Semoga sebarang
spekulasi akan melonjakan lagi nama kami insyallaah.
0 comments